1. Home
  2. NATION
  3. Mesej Tahun Baru Cina 2016 daripada Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin

Mesej Tahun Baru Cina 2016 daripada Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin

0

Selamat Tahun Baharu Cina daripada saya kepada seluruh masyarakat Tionghua sempena perayaan yang cukup bermakna ini. Semoga Tahun Monyet ini memberi kita semua tahun yang penuh kebahagian, kesihatan yang baik serta kemakmuran yang dirasai disamping ahli keluarga dan orang yang tersayang.

Banyak yang telah kita lalui bersama sebagai rakyat pelbagai kaum dan agama. Besar harapan saya agar kemeriahan perayaan yang dirasai seluruh rakyat Malaysia ini menjadi tiupan baharu semangat perpaduan yang lebih jitu semasa kita menempuhi masa yang mencabar.

Disamping memberi Ang Pow dan menziarahi sanak saudara, yang paling penting adalah semangat kekeluargaan yang akan kita terus semai agar perayaan ini penuh bermakna. Jangan lupa juga untuk bersenam dan makan dengan sihat, demi keluarga, demi #FitMalaysia.

Gong Xi Fa Cai!

Source : Facebook Khairy Jamaluddin

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

*AD SPACE*

Enquiries at EnterpriseTV.my@gmail.com